Pelakon Nabila Huda tampil bersuara selepas pemakaiannya dikecam ketika mengendalikan jualan pasta di program Amore In Cucina Tour.
Menerusi satu hantaran di Threads, Nabila atau lebih mesra disapa Abil meluahkan rasa kecewa apabila pemakaiannya ketika menyediakan makanan tersebut menjadi topik bualan di media sosial.
BACA: Bagi Makan Daging Wagyu, Ramai Nak Jadi Kucing Nabila Huda


Tambah Abil lagi, dirinya bukan seorang yang hipokrit serta tidak mahu berpura-pura semata-mata untuk mendapat pujian orang ramai.
Menurut Abil, peniagaan tersebut bukanlah bisnes besar tetapi hanya projek kecil-kecilan berkongsi masakan bersama peminat dan semuanya dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja.
