fbpx

‘Baju Melayu Menyusu Anak’ Viral, Erry Putra Dikecam

Hadir dengan idea menggabungkan tiga elemen, pelakon Erry Putra hadir dengan rekaan baju Melayu yang kelihatan sedikit unik berbanding baju Melayu biasa. Malah oleh kerana itu juga, ada yang menyatakan bahawa baju Melayu tersebut persis baju untuk menyusukan anak.

BACA: Adi Putra Jadi Rakyat Malaysia Untuk Undi BN?

“Asas baju itu daripada elemen kurta yang terkenal dalam masyarakat India manakala bahagian kolar inspirasi daripada samfoo iaitu pakaian tradisional kaum Cina. Manakala elemen Melayu itu terletak pada bahagian dalam baju yang masih mengekalkan konsep tradisional baju Melayu,” jelasnya kepada mStar Online.

Mengenai baju Melayu itu mendapat perhatian warga laman sosial, Erry menyifatkan perkara tersebut sebagai satu ujian malah dalam perkembangan terbaru, Erry melalui Insta Stories menyatakan bahawa stok baju tersebut sudah pun habis terjual keseluruhannya.

Jika benar baju tersebut sudah habis, tahniah buat Erry. Hebat juga penangan sosial media sekarang, bukan? Kritik punya kritik, laku juga jualannya. (rtky/s)