Erra Fazira Sudah Putus Cinta Dengan Shahir
Hubungan rapat antara pelakon dan penyanyi cantik, Erra Fazira dan Shahir bukanlah lagi satu cerita baru. Bagaikan tidak berkesudahan kisah di antara mereka.
Terbaru, Erra mendedahkan hubungannya dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu sudah pun berakhir sejak Januari lalu. Bagaimanapun Erra memberitahu mereka masih bersahabat baik meskipun sudah membawa haluan masing-masing.
BACA: “Saya Nak Move On” – Erra Fazira
“Kami dah move on dengan kehidupan sendiri. Saya tidak kecewa kerana saya tahu aturan Allah itu baik. Kami masih berkawan tapi tiada lagi hubungan istimewa.
“Dahulu memang ada perancangan untuk bahagia bersama, namun Allah tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan,” katanya kepada MHE TV.
Tidak menjelaskan punca perpisahan hubungan cinta yang dijalin selama empat tahun itu, Erra mengatakan dia tidak merasa kecewa mahupun sedih dan percaya apa yang berlaku sudah ditetapkan Allah.
“Sebagai seorang wanita apabila diberi harapan, sudah tentu ada rasa bunga-bunga tapi lama-lama kematangan mengatasi segalanya. Sampai bila? Saya tidak sedih, tidak boleh salahkan sesiapa kerana jodoh telah tiada,” katanya.
Dalam pada itu, Erra memaklumkan dia akan ke Tanah Suci bulan ini untuk enunaikan ibadah haji.
- SUMBER
- MHETV
Setuju sesangat mmg xde jodoh. Mcm2 halangan jd bila dh susah sngt eloklah masing2 move on jer. Kumbang bkn sekor, bunga pun bkn sekuntum.
lambat benar nk move on nye.. kalu i kasi 2thn max. x nk masuk pinang i bye sayonara adios idok le i nk tunggu sampai musang berjanggut!
Setiap perkara besar bermula dengan sekecil perbuatan. Perubahan bermula dengan perubahan sikap diri sendiri, buang sampah ditempat sepatutnya dan kurangkan pengunaan plastik. Sayangi ikan-ikan di laut bukan ikan-ikan di darat.
Nama I pun korang boleh teka i tunggu siapa… hiksss
kalu psl bebird / rupa x payah… bebird tu ke nak byr mortagage rumah besok. bebird ke nk beli pampers, susu dn beras? pikir.. pikir…
Kikiki tersedak makcik baca
Mcm kes Mawar dgn Fizo dulu siap Fizo lamar Mawar dlm panggung wayang laa. Mawar puji Fizo sorg laki2 yg bertanggungjawab pd keluarga. Sudahnya xde ribut, xde angin tetiba Mawar yg failkan perceraian. Kemudian masing2 ngaku dah xde jodoh. Well bab jodoh, rezeki, ajal tu smua Allah dah tetapkan tp x bermakna kita kna serah buta2 tanpa ada ikhtiar dan doa. Kdg2 apa yg berlaku berpunca dri diri kita sendiri bkn sbb takdir Allah semata2! Tp bila dah berlaku baru kita ckp mmg Allah dah tetapkan semua ini sbb kita yg silap buat pilihan. Atau kita yg lalai sampai perkara mcm ni terjadi. Kita x boleh salahkan takdir semata2 kerana kita ego dan perasan kita mampu uruskan dgn bijak
Orang yang beriman tidak akan mengadili sesama manusia. Saling mendoakan dan berbagi doa adalah yang terbaik ;))
Alahai ko ni pun. Mana ko tahu mereka x usaha .. x iktiar? Misalnya kalu ko kna bantai dgn somi ko, ko nk brusaha lgi ke? Ko msih nk bsabar ke? Ko nk sampai mata ko buta ke ditumbok somi ko? Perlu ke nk judgemental sgt?
right.. “tiada jodoh” tu istilah lagi luas. kita org melayu kan terkenal dgn cover line. Xkn nk ckp .. aku dah muak atau aku dah tak suka laki aku! cam sangap la bunyi tu.. eurgh!
satu comment yg membangun tak mcm onion rings yg lain keje yg maki carut je
Ada yng x betul… bawang juga dia pun.
org melayu kalu bercinta lebih drp 2 thn tanpa ikatan, karot. cepat2 la angkat kaki.
Nmpk pun cam x serasi sis. Erra tu carilah Dato2 Umno ke… kot2 boleh up balik mcm dulu …. ahaks.
xpyh le anak2 ikan sume ni gurlll..karot je. besok ko yg susah…. cari yg berumor…dia sanggup jga ko dn ko pun x risau dier d kebas.
Anak ikan org mlyu mmg x leh harap. Org luar kbyakkanya responsibilities. Lgipun bkn lki org jika muda bwh 27 tahun umur org luar tu..
Atas 35 tahun ye..itu lki org. Jgn ambil. Tpi wanita luar kebas je lki org di sini. Tak kisah wanita2 luar tu. Jnji lepas perjalanan dan duit sara. Bini org sini derita tak fikir.
Kalu btepok sbelah tangan xkn berbunyi. Smua lelaki nk psg cawangan lain cuma nk ngaku dgn x je dpn kite! Jgn letak 100 pratus kpecayaan sgt pd suami. Misalnye kakak aku, baru je aku buat akaun rahsia utk dia. Manalau tahu bila abg ipar aku tu brubah hati coming soon. Kakak aku pulak ada business. Lebih baek bersiapsiaga!!
Seronoknya ade adik mcm ko.siap buat accnt utk bisnes akk. Semoga hidup ko dipermudahkan dik!. Dah la erra, cr org luar je.bahagia jugak eh. Kawin mat salleh hbs cerita.mat salleh pon ade jugaj yg muslim skrg ni.senang xyah nak ajar didik dah.semoga erra sentiasa bahagia ya.aminn
tul tu, jantan kalu ada duit mesti la sistur. bangsa aper pun sama… cuma mereka main pompuan simpanan.
Buang masa last2.. habuk pun tarak!
aku suka plak dalm ni. dlm fb komen entah hape2 sejak top fan wujud. komen x relevan byk.
Sedih tgk erra menangis kat tv alhijrah. Sebak
perancangan allah itu lebih baik..semoga dipermudahkan urusan kak erra..