fbpx

Erra Fazira Pening Kepala Aleesya Minta Adik Baru

Hubungan cinta dengan penyanyi Shahir Zawawi sudah pun berakhir sejak Januari tahun lalu, bagaimanapun Erra Fazira mengakui mempunyai keinginan untuk berumah tangga namun lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.

BACA: Erra Fazira Akui Masih Berhubung Dengan Shahir

“Saya nak, kalau ada seru ke arah settle down saya nak. Cuma nak pergi ke arah itu saya agak berhati-hati. Kalau ada calon saya tak akan terus redah.

“Saya nak pastikan dahulu, sebab saya umur pun dah berapa dan kali ketiga jika mahu berumah tangga, saya jadi lebih berhati-hati. Saya selalu berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Erra mengatakan anak perempuannya Engku Aleesya sering meminta adik baru tetapi meletakkan syarat dimana tidak mahu dia berkahwin lagi.

“Aleesya minta adik tapi tak mahu saya kahwin lagi, macam mana? Kadang-kadang, saya ada mengusik Aleeysa cakap ada lelaki ajak kahwin. Terus dia kemurungan dan sedih. Baginya perlu ke berkahwin.

“Mungkin dia takut kasih sayang berbelah bahagi. Tapi bila bercakap pasal adik, asyik tanya bila dia nak dapat adik,” katanya.