fbpx

Erra Fazira Sah Berhijab Penuh Sejak Malam Nisfu Syaaban

Berita penghijrahan Erra Fazira sepanjang 24 jam lepad disambut baik oleh ramai peminat beliau yang sentiasa mendoakannya terbuka hati untuk mengenakan hijab sepenuhnya dan keberkatan malam Nisfu Syaaban menjadi saksi kepada niat ikhlasnya untuk menjadi lebih baik.

Bercakap kepada mStar Online baru baru ini, Erra Fazira mengesahkan yang beliau sudah mengenakan hijab sepenuhnya pada malam Nisfu Syaaban yang lalu selepas terlintas niat di hati untuk berhijrah dan tidak lagi mahu memberikan apa apa alasan untuk tidak melakukannya.

BACA: Rakan Dedah Erra Fazira Kini Sudah Berhijrah, Berhijab Penuh

“Alhamdulillah, Allah bukakan hati ini. Sebenarnya sudah lama dah (hasrat mahu bertudung), tetapi rasa itu terpanggil kuat apabila masuknya Nisfu Syaaban. Dah tak mahu fikir-fikir panjang dan mencari alasan lagi, laksanakan terus niat itu,” ujar Erra Fazira.

Dalam pada itu juga, Erra Fazira turut meminta orang ramai di luar sana supaya tidak menghentam dirinya jika ada tersalah dalam proses penghijrahan ke arah yang lebih baik ini namun tidak menolak jika ada teguran yang baik untuk dirinya.

“Kita sepatutnya mendoakan dan saya percaya perlahan demi perlahan saya dan mereka (yang berhijrah) akan melakukan perubahan mutlak. Janganlah hentam yang teruk benar. Menegur tidak salah, tapi biar berhemah. Yang penting penghijrahan itu dalam diri,” tambahnya lagi. (rtky/m)