Erra Fazira Akui Gementar Untuk Menunaikan Haji
Primadona filem Melayu, Erra Fazira mengakui agak sedikit gementar apabila buat pertama kalinya beliau akan mengerjakan rukun Islam yang ke-5 iaitu menunaikan haji di Mekah pada bulan depan secara solo atau berseorangan tanpa mahram.
“Sejujurnya saya gementar tetapi sangat teruja dan sudah tidak sabar. Itu perkara baik dan perjalanan ini antara saya dan Tuhan, semoga ia dipermudahkan”
BACA: Erra Fazira Sudah Putus Cinta Dengan Shahir
“Saya akan berangkat menunaikan haji pada awal Ogos dan sebenarnya sudah lima tahun saya menyimpan hasrat ini.”
“Oleh itu, ada beberapa syarat yang patut saya patuhi dan sekarang adalah masa yang sesuai, usia pun sudah layak dan Alhamdulillah saya dipanggil ke sana,” katanya yang ditemui di majlis Aliff Syukri Legacy Cosmetics.
Sementara itu, di majlis tersebut Erra turut dilantik sebagai duta kepada produk terbaharu keluaran usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri. (rtky/h)
Alhamdulillah syukur menjadi tetanus Allah, tahniah anda insan yg terpilih, Haji / Hajjah mabrur itu rahmat Ilahi. Aamiin YRA.
Alhamdulillah…semoga semuanya dipermudahkan Allah…Selamat pergi dan pulang ya kak erra…
Alhamdulillah ..Syukur Semoga di permudahkan segalanya.
Alhamdulillah…semoga di permudahkan segala urusan dan mendapat Haji yang mabrur…Amin.
artikel yang bagus, saya doakan perjalanan hidup tenang selalu.
Alhamdulillah. Semoga mendapat ketenangan semasa di sana dan mendapat haji yang mabrur.