fbpx

Ernie Zakri, Wany Hasrita Bengang Dengan Haqiem Rusli

Semalam Haqiem Rusly mengumumkan dirinya yang tidak jadi meninggalkan industri hiburan. Dalam ramai bergembira, di laman Twitter rakan seperjuangan, Wany Hasrita dan Ernie Zakri meluahkan rasa bengang terhadap penyanyi itu.

BACA: Haqiem Rusli Tidak Jadi Berhenti Menyanyi

Dalam sebuah program FB Live oleh sebuah radio stesen terkenal, Ernie, Wany, Ara Johari dan Haqiem dijemuput sebagai tetamu. Pun begitu kisah depresi Haqiem sebelum ini pula dijadikan ‘highlights’ hingga membiarkan tetamu lain menjadi ‘patung’ disitu tanpa sebarang fungsi.

Tidak tahan dengan tindakan tidak profesional Haqiem, Ernie melempiaskan rasa marahnya di akaun Instagram. Turut menyokong kenyataan itu, Ara dan Wany yang selepas itu juga memuat naik kenyataan pedas terhadap Haqiem.

Kontroversi itu membuatkan pelbagai spekulasi timbul seperti Haqiem memang dari awal berpakat dengan pihak stesen radio. Malah spekulasi turut timbul berkenaan single terbaru Haqiem, yang dikatakan hanya gimik belaka.

Kalau betul apa yang dikatakan Ernie, Wany dan Ara memang tidak patut pihak stesen radio dan Haqiem berbuat demikian. Masih banyak cara lain untuk promosikan lagu tanpa mempergunakan orang lain. (rtky/w)