fbpx

Ernie Zakri, Syamel Sengaja Rahsia Hubungan Cinta Kerana …

Selamat melangsungkan pertunangan beberapa hari lalu, Ernie Zakri memberitahu mereka selesa memilih untuk tidak menjaja kisah percintaan mereka kepada umum selagi tidak mempunyai ikatan yang sah.

BACA: Ernie Zakri, Syamel Selamat Bertunang

“Saya dan Syamel mempunyai prinsip sama iaitu selagi tidak sahih, kami tidak akan berkongsi apa-apa. Bagi kami, soal percintaan biarlah hanya kami dan keluarga sahaja yang patut tahu”

“Disebabkan itu, kami lebih selesa memberitahu kepada semua pihak hubungan sebagai kawan. Selepas beberapa tahun berkawan rapat, kami memutuskan membawa hubungan ini ke fasa seterusnya, tahun lalu”

Selain itu, Ernie turut mendedahkan bakal melancarkan lagu baru mereka yang akan dilancarkan pada hari bahagia mereka. Lagu ciptaan bersama Syamel itu menceritakan kisah pencintaan mereka yang dirahsiakan sebelum ini.

“Lagu sudah ada dan ia adalah hasil ciptaan saya dan Syamel. Cuma, kami belum berbincang mengenainya dengan lebih lanjut. Jika boleh, kami mahu lagu ini dilancarkan pada hari perkahwinan”

“Memandangkan dua lagu sebelum ini liriknya banyak yang sedih, kali ini saya mahu lagu yang ‘sweet’,” kongsinya kepada Berita Harian Online mengenai lagu baru mereka yang bakal dilancarkan. (rtky/w)