Erma Fatima: Tiada Sebab Untuk Perang, Bermusuh Dengan Madu
Baru baru ini Erma Fatima melalui akaun Instagram beliau telah memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan dirinya gembira menyambut kedatangan hari raya Aidiladha disamping madu atau isteri baru suaminya, Aida Abdul. Ianya mendapat perhatian ramai.
Maklumlah sebelum ini pun ada cakap cakap mengatakan Erma Fatima tidak merestui pernikahan kedua suaminya ini dan tidak lama selepas itu ada pula ura ura mengatakan rumahtangga yang dibina sekian lama akan berakhir dengan penceraian.
BACA: Khabar Angin Bakal Bercerai, Erma Fatima Akui Masih Bergelar Isteri
Bercakap kepada Berita Harian mengulas tentang gambar baru itu, Erma Fatima mengakui beliau tidak ada sebab untuk bermusuh dengan madunya itu dan enggan mengambil pusing dengan persepsi orang luar terhadap dirinya.
“Tiada sebab untuk saya bermusuh dengan dia (Aida). Hidup di dunia ini pun sementara saja. Saya berkahwin dengan suami sudah 24 tahun. Andai dia pilih untuk kahwin lain, maknanya dia inginkan kebahagiaan. Saya pun nak tengok dia bahagia”
”Kalau cara itu (berkahwin lain) yang mampu saya buat untuk membahagiakan dia, saya reda. Poligami ini mungkin juga satu tugasan dari Tuhan untuk ajar saya jadi ikhlas. Dan ternyata saya sedang melalui ujian itu,“ kata Erma Fatima.
Menyifatkan madunya itu sebagai seorang yang baik, Erma Fatima turut mengakui yang mereka berdua dalam proses saling mengenal selain Aida sendiri sedang menyesuaikan diri.
“Kami berdua dalam proses kenal mengenal. Dia cuba menyesuaikan diri dengan keluarga yang baru. Ia bukan perkara mudah dan dia sanggup lakukannya. Itu juga bererti dia benar-benar cintakan suami saya. Dalam erti kata lain, hidup bermadu ini ujian hebat buat saya dan dia”
“Saya sendiri tak kejar bahagia tapi nak sangat mencari erti sebenar keikhlasan. Saya mahu ikhlas menerima dia sebagai adik demi kebahagiaan mereka,“ tambah Erma Fatima. (rtky/m)
tahniah untuk erma.. contoh yg baik.. insyaallah ada pyung emas disana nnti ;)
Dah hampir kena reject laki, muka dah kembang, badan dah macam tong drum baru nak redha. Good luck ya nek.
Laki nak anak..terpaksa redha la…
kalau aku jd si suami, aku pun akan pasang yg lain.
tengok muka si erma ni selalu ketat/masam semacam je yerk…susah sangat nak senyum secara iklas ke kak?
bisa giler. laki mana tak bosan !?
diambang zaman kejatuhan…terpaksa telan madu yg pahit. rugi jd perempuan melayu.
kureng bersetuju dgn si erma.
kecacatan poligami sebenarnya bukan dari segi prinsip, cinta agung atau dugaan tetapi lebih kepada perlaksanaan yang menyimpang daripada syariat. ini terbukti membuat wanita2 takut. daripada statistik menunjukkan bahawa 80 peratus pengadu yang mengadu mempunyai masalah rumah tangga adalah kaum hawa, ini secara langsung membuktikan bahawa krisis rumah tangga poligami berpunca daripada kelalaian kaum adam yg tidak pandai membahagikan masa dan tanggunjawab. mahu jadi iklas itu bagus tapi pada realiti nya, para suami banyak yg cicir menjalankan tanggungjawab membuatkan bini tua terasa terabai dan tersiksa.
good luck anyway….
Istilah “payung emas” ini bukan istilah dari hadis. Ini hanyalah kiasan oleh ulamak. Isteri yang redha suaminya kahwin lagi adakah dia akan dimurkai Allah atau dia akan diredhai Allah? Sudah tentulah diredhai Allah.
Jadi, sesiapa yang Allah redha akan masuk syurga. Berdasarkan hadis, dalam syurga barang2nya adalah dari emas permata, bukan dari “plywood” !!, termasuklah juga payung. Inilah kiasan yang dibuat ulamak….ganjaran besar.
Katakan ya pada poligami sebab Islam itu indah….hehehehe
Keikhlasan die biar la Tuhan yg nilai..yg penting die mcuba dan berusaha mjadi seorg yg ikhlas
Payung mas tu pepatah melayu aje…
Semoga Allah menganjari Erma sebaiknya
Utk singaporean yg beri komen tu, tak rugi jadi perempuan mlayu islam yg bermadu dibandingkan dapat suami yg ada perempuan simpanan, lagi parah …
Alhmdulilah,tp jgn cya sgt mula2 mmg baik lma2 kita di pijak nya
Biarlah… Jgn ckp lagi perkara buruk. Nanti kalo jdi pada diri sendiri baru tau. Dokn y terbaek
memang sejuk mata memandang gambar2 di atas. kalau setap wanita yang membenarkan suaminya kahwin lagi atas sebab dia tak dapat beri zuriat lagi, maka amanlah institusi kekeluargaan islam masa kini. ikut lah contoh isteri2 solehah ashraf muslim, ustaz azhar, raja bahrain dan kini bade. sebenarnya lagi keluarga besar lagi bagus .. seronok.
jodoh itu datang dgn izin Allah
full of respect to Erma – betol kita hidup bukan lama …..knapa nak bermusuh …dah mati sok kita mmg mengharapkan doa dan alfatihah dari keluarga , suami , anak2x dan madu…..insyaalah akan rasa kemanisan itu
baru permulaan…..mmg nampak baik semuanya tp kalaula semua yg nmpak baik tu berterusan syukurnye….tp hakikatnya bukan mudah hidup bermadu baik jadi yg pertama atau yg kedua…….sameje dugaan nye….yg untung tetap suami kite…..ape pun syabas erma semoga erma akan lebih berbahagia bile erma membahagiakan orang lain…..
TAHNIAH….