fbpx

Erma Fatima Terbuka Kerjasama Dengan Ruhainies & Aliff Aziz

Pengarah dan penerbit, Erma Fatima tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan Aliff Aziz dan Ruhainies di masa akan datang meskipun dua selebriti itu terpalit dengan kontroversi panas.

Memetik Oh Bulan, Erma berkara dia tidak campur antara masalah peribadi dengan bakat seseorang pelakon itu.

BACA: Ruhainies Maafkan Netizen Cakap Buruk Tentang Dirinya, Minta Semua Move On

“Untuk saya bakat dan masalah peribadi tiada kena mengena. Untuk bekerjasama dengan mereka (Aliff dan Ruhainies) pada masa akan datang tiada masalah.

“Berkemungkinan bekerjasama dengan mereka itu boleh sahaja berlaku,” katanya.

Difahamkan Erma berkata demikian ketika disoal mengenai tindakan segelintir penerbit yang ingin memboikot dua selebriti itu selepas terpalit dengan kontroversi dan isu ditangkap berkhalwat.

SUMBER: Oh Bulan