Erma Fatima Tanya Zul Ariffin Siapa Suruh Muat Naik Video Itu?
Semalam, pelakon Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang di Instagram.
Zul berkata dia mengaku bersalah kerana tidak mahu memanjangkan kes berkenaan serta enggan membazir masa mana-mana pihak serta menyifatkan orang lain ‘malaikat’ namun tidak dirinya.
BACA: “Mereka Semuanya Malaikat, Saya Bukan” – Zul Ariffin
Memetik mStar Online, penerbit drama Perempuan Itu iaitu Erma Fatima berkata dia tidak tahu mesej itu ditujukan kepada siapa dan hanya Zul sahaja yang tahu.
“Hanya dia sahaja yang tahu, saya rasa dia lebih mengetahui apa yang dia ucapkan dan kenapa dia buat begitu.
“Dalam hal ini, tiada siapa malaikat dan tiada siapa syaitan…ini adalah tanggungjawab setiap manusia terhadap karier. Saya percaya Zul ada tanggungjawab sebagai pelakon dan pengarah juga ada tanggungjawab dia. Saya sebagai produser juga ada tanggungjawab.
“Kalau dia kata orang lain malaikat, saya pun tak tahu siapa malaikat itu. Bagi saya apa yang berlaku ini adalah pesan kepada semua orang termasuklah diri saya, pengarah dan juga pelakon lain,” katanya.
Menurut Erma, kesalahan Zul adalah kerana memuat naik video tersebut serta bertanyakan siapa yang menyuruh untuk berbuat demikian. Kata Erma lagi, setiap pelakon perlu menggunakan kewarasan akal sebelum melakukan sesuatu meskipun menerima arahan daripada orang lain.
“Ini bukan masa untuk menunding jari dengan menyatakan kau syaitan aku malaikat. Saya tak mampu nak berkata apa-apa sebab dalam hal ini dia yang muat naik dan dia sahaja yang tahu kenapa dia buat begitu dan siapa yang suruh.
“Pelakon juga diberikan otak untuk berfikir, apabila membuat sesuatu itu di atas kewarasan kita. Kita tak akan membodohkan diri kita untuk buat sesuatu atas arahan siapa pun.
“Bagi saya bukan Zul sorang yang bersalah..salah itu terletak pada semua orang bukan dia seorang dalam hal ini tapi dia yang muat naik video itu. Siapa yang suruh muat naik video itu?” katanya.
Dalam pada itu, Erma berkata dia belum tahu lagi bilakah drama tersebut akan ditayangkan kerana masih banyak yang perlu diperbaiki semula.
- SUMBER
- mStar Online
Mula laa drama dgn lagu bangau oh bangau .. very typical melayus laa. Blame game point fingers each other pastu play victim masing2 ngaku jd mangsa keadaan pd org yg pentingkan diri dan x bertanggungjawab. Ini mmg drama ptg2 tv3 suku dan astrok ke pe???
bagus mengaku dkt dunia. akhirat nanti tak disoal. apapun, burung just nice, tak besar sangat. pandai dayung mesti sedap kena
gatal sgt …hadap jelah..tu baru hukum duit byar duit je..d akhirat …lain pula ceta…zul pun suka main peluk2 wanita…
at least jul aripin ngaku salah. ko masih nak pertahan kan siapa?
sape suruh buat scene acah citer matsaleh mcm tu?
producer, pengarah, pelakon dan semua seangkatan dgn nyer sama la korang semua.
bila jadik mcm ni org ni kate dia … dia kate org tu.
akai letak mana?
jap ni denda leaked dia main burung dia ke atau promo dia kendong pompuan mana tah haritu?
Betul lh…sape suruh upload konon nk promote…otak ada utk pikir bukan bdk bwh umur..tua bangka dh…sbb kn life artis kan…malu tu dh xde apa² pun…dh terbiasa…