Erma Fatima Tak Kisah Instafamous Jadi Pelakon, Bosan Tengok Muka Lama
Sebelum ini ramai pelakon meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir pendatang baharu seolah tidak serius berlakon, namun lain pula dengan Erma Fatima yang tidak kisah golongan Instafamous menjadi pelakon.
Pengarah dan pelakon terkenal itu berkata dia melihat kedatangan muka baru dalam industri sebagai suatu perkembangan yang baik namun perlu hadir dengan niat yang betul.
BACA: Tampil Berpurdah, Erma Fatima Dikecam Taasub Agama
“Saya tiada masalah untuk golongan Instafamous atau mana-mana artis BBNU nak jadi pelakon, saya mengalu-alukan kedatangan mereka tapi ia perlulah datang dengan niat yang betul.
“Janganlah pula kau baru berlakon tapi dah ada cerita buruk skandal sana sini atau ada gambar bogel.. itu merosakkan nama industri. Tapi kalau niat betul untuk cari rezeki, saya okay saja,” katanya.
Erma turut memberikan pendapatnya bahawa golongan pelakon senior perlu menerima hakikat bahawa setiap pelakon ada ‘tempoh luput’ dan menerima dengan terbuka kehadiran pelapis baru.
“Industri kita ini kekurangan pelakon dan yang marah-marah itu pun tahu mengenai perkara ini.
“Takkan balik-balik nak guna Remy Ishak, Zul Ariffin atau Shukri Yahaya sahaja, nanti orang kata, asyik muka pelakon yang sama,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Memang bosan dan meluat dah…tengok muka lama kau dan lakonan kau dalam drama Mok Cun…Elok sangat kau tu bersara.
Hero2 lejen tu simpan laa utk skrip yg lejen gk. Ni citer2 xde makna level sampah korg ambil laa Rosyam ke, Remy ke, Beto ke tetap mcm tu gk ceritanya. Sorg dua pelakon x boleh jdkan sebuah cerita jadi luarbiasa kalau skrip teruk, pengarah teruk, produksi teruk.
alahai, kalau ko berlakonpun dh tentu ada muka2 lama yg tu tu tu juga…, bosan eeeee.
Semua org tengah bengang ni pasal rentas negeri..ni klau x boleh blik jugak raya ni habis la undi nanti….tolong lah kita nak balik jenguk mak bapak kat kmpung paham x,
Ambek pelakon baru save le budget. Byr cikai stesen tv pun buget ciput. Tu la pasal byk produser kaya.
Bosan ..cite semua x best….mcm cite budak tadika..
ckp je la harga byr pn murah.. kualiti x bgus pn xpe sbb pelakon tu ramai pengikut.. mesti ramai tgk punye wlaupn citer ntah ape2.. x gitewww.. sbb tu aku ske tgk citer korea.. lakonan, pelakon, skrip semua tip top… walaupun pelakon dia same jewww… sy x boring pn.. citer melayu bru2 ni si uqasya ngn syukri tu byk berlakon..elok jeee lakonan diorg…boring tang mneee.. ckp la over budget senang..
X minat drama uqaya dgn syukri tu. Mcm dh prnh tgk. Ingarkan drama ulangan. Rupanya drama baru.