Isu Kemban Dalam Karya, Erma Fatima Tak Mahu Ambil Pusing
Isu babak kontroversi seperti berkemban bukan asing buat pengarah, penerbit popular ini. Pernah suatu ketika dahulu Erma Fatima dikaitkan dengan isu berkemban yang dipertontonkan dalam filem Embun tidak menjadi halangan untuknya terus maju dalam karya-karyanya yang lain.
Terbaru telefilemnya yang berjudul Takhta 3 Ratu yang dipersembahkan oleh pelakon hebat seperti Erra Fazira, Awie dan Feby Febiola (aktres Indonesia) mempunyai sedikit adegan intim dan dalam telefilem itu juga turut memaparkan pelakon yang memakai kostum berkemban masyarakat kerajaan Majapahit suatu ketika dahulu.
“Satu ketika dahulu saya terduduk hancur jiwa apabila isu rogol diperkatakan sehingga membunuh perasaan saya untuk membuat filem dan hari ini saya bangkit bukan untuk melayan isu berkemban ini. Bagi sesiapa yang ingin membincangkan pasal isu ini saya redha,” katanya.
Dia ditemui semasa majlis pratonton telefilem Takhta 3 Ratu di Istana Budaya, KL malam kelmarin.
Sebagai pengarah telefilem dan teater ‘Takhta 3 Ratu‘ Erma berharap perkara ini tidak dijadikan isu berbanding perkara-perkara yang lebih positif dalam karya terbarunya ini. Dia juga berharap agar penonton bijak menilai setiap apa yang dipertontonkan itu.
“Saya berharap benda ini tidak menjadi isu kerana banyak lagi benda lain atau ruang yang boleh diperkatakan dalam telefilem ini. Saya berharap penonton sekarang sudah bijak untuk menilai”
Telefilem Takhta 3 Ratu yang berdurasi lebih 2 jam ini dapat disaksikan melalui pementasan teater di Istana Budaya dari 13-22 Disember 2014 manakala tayangan filem televisyen pula akan ditawarkan dari 25 Disember 2014 di Astro Eksklusif (Saluran 480). (rtky/hfz)
kalau tak amik pusing pun..pikirla sikit pasal orang yang nak tonton..
Rasanya kak Emma ni dah lama berhijab. Sepatutnya terus istiqamah dalam bab aurat ni. Camana tak ambik pusing pulak kak.
bla pengarah yg berkaliber spt kak ni xamek pusing ttg hal2 cm mcm nih . so yg mnonton ni ? buad la filem yg berkualiti tnp dedah sna sni . xleh ka ? . filem yg luar tuh pon ad jgk yg brjaya tnp adegan yg intin . tnp dedah sna sni .
Sebab tu la malas nak tengok citer Melayu. Berani betul Pengarah nya amik mudah bab2 aurat ni. Kalau citer non Muslim boleh la kita bg alasan diorg bukan Islam, yg ni??
jaga aurat itu penting dan wajib – kedaionlinemy.com