Pengarah Erma Fatima mendedahkan mengenai seorang individu bergelar ustaz apabila menerima panggilan daripada seorang mangsa yang mengadu tentang perlakuan tidak bermoral ustaz berkenaan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Erma modus operandi ustaz berkenaan agark licik dimana mangsa-mangsa adalah dikalangan isteri-isteri orang.
BACA: “Tak Ada Lelaki Boleh Ganti Tempat Bade” – Erma Fatima
Sementara itu, Emra berkata ada diantara mangsa-mangsa teragak-agak untuk membuat laporan kerana bimbang suami akan mendapat tahu.
“Mangsa adalah ISTERI-ISTERI ORANG!!!! Why? Bila dah bini orang pasti tak berani nk report kan? Hebat! Kat rumah..kat tempat pengajian…dalam kereta..hotel…”
“Sekarang ni ada di antara isteri-isteri orang yang jadi mangsa tu nak buat report. Tapi masih teragak-agak takut suami tahu. Report ajalah dari kau merelakan ustaz ni berterusan MENUNGGANG AGAMA sana sini,”tulisnya.
Dedah Erma lagi, ustaz tersebut pernah menghantar mesej kepadanya serta menegur tentang drama Bidaah.Bagaimanapun Erma berkata drama tersebut adalah untuk memberi kesedaran orang ramai mengenai ajaran sesat.
“Saya tahu ustaz tu pasti baca ni. Rasanya dia pernah follow saya dan pernah DM saya marah pasal drama BIDAAH. Aku buat BIDAAH untuk menyedarkan orang tentang ajaran sesat bukan suruh kau jadi macam Walid. Sampaikan scene pejam mata pun kau ikut. Adoi Pak Ustaz…sudah-sudahlah,” tulisnya.