fbpx

Erin Malek Sahkan Hamil Cahaya Mata Kedua

Tahniah diucapkan kepada Erin Malek yang kini sedang hamil anak kedua beliau selepas anak sulungnya, Mohamed Faliq yang kini berusia setahun. Pengumuman berita gembira tersebut dikongsikan beliau sendiri menerusi akaun Instagram sambil memuat naik gambar keluarga bahagia mereka juga sama hari dengan sambutan ulangtahun kelahiran anak sulung mereka.

BACA: Erin Malek Kini Selesa Bertudung

screen-shot-2016-10-05-at-9-24-37-am

Pengumuman itu rata-rata mendapat reaksi positif daripada semua peminat Erin, malah ramai yang turut memberikan ucapan tahniah kepada pasangan ini kerana berpeluang untuk hamil lagi. Ramai juga yang tidak sabar melihat wajah Erin yang kecil molek itu sekali lagi mengandung selain teruja untuk melihat wajah cahaya mata kedua mereka yang didedahkan sebagai bayi perempuan.

Walau apapun, tahniah sekali lagi diucapkan kepada Erin dan pasangan yang sekali lagi berpeluang untuk hamil cahaya mata kedua mereka. Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya serta diberikan kesihatan yang baik buat Erin yang sedang hamil itu. (rkty/w)