Erin Malek Kini Berhijab, Dapat Sokongan Keluarga Dan Suami
Pelakon Erin Malek yang kini digelar young mummy kerana telah mempunyai seorang anak lelaki yang comel memberitahu bahawa dia kurang mempercayai pengasuh atau pembantu rumah kerana lebih gemar untuk melakukannya sendiri.
BACA: Erin Malek Kini Sudah Mula Berhijab?
“Buat masa sekarang saya sangat gembira dengan kehidupan sebagai seorang ‘young mummy’ kerana di usia 22 tahun saya telah memiliki seorang anak dan suami. Masa saya kini terhad kerana saya sepenuhnya melakukan kerja rumah sendiri kerana kurang percaya pengasuh atau pembantu rumah,” katanya yang kini ditemui di Majlis Gong Xi Raya, Paranormal Talent petang kelmarin.
Tambahnya lagi, perubahan terbesar yang dialaminya selepas bergelar seorang ibu ialah kesabaran.
“Apa yang saya boleh cakap ialah kesabaran kerana bukan mudah di usia saya ini untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu serta isteri,”ujarnya lagi.
Sebelum ini, rata-rata peminat terkejut apabila mendapati bayi kembar yang dikandung Erin selama 16 minggu iaitu lebih kurang usia 4 bulan telah meninggal dunia kerana mengalami kompilasi semasa di awal kandungannya lagi. Bagaimanapun, perkara tersebut ada hikmah di sebaliknya apabila pasangan kepada kembarnya itu dapat diselamatkan.
“Mula-mula saya dan suami memang sedih, tetapi kita perlu redha dengan pemergiannya, mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya,” kata Erin.
Dalam pada itu, dapat dilihat kini Erin Malek lebih manis setelah menukar imejnya kepada bertudung. Dia yang memberitahu sudah lama ingin bertudung akhirnya telah membuat keputusan untuk bertudung di awal Januari lepas.
“Nak pakai tudung sudah lama rasanya, kadang-kadang di rumah pernah juga bertanyakan kepada adik saya, mengenai tudung ini kerana ialah saya takut tidak bersedia. Alhamdulillah kini saya sudah pun bertudung,” katanya sambil tersenyum.
Perubahan imejnya untuk bertudung turut disokong oleh keluarganya lebih-lebih lagi suami tercinta.
“Suami saya gembira dengan perubahan ini, kerana katanya kurang sedikit dosa yang perlu ditanggungnya kelak,” ujarnya sambil berseloroh. (rtky/h)
masa ko menggeletis menggelinjang pergi clubbing tonggang arak sebelum kawin dulu tak nak pulak la pikir nak kurangkan dosa ko yang bapak ko kene tanggung. nasib bapak ko lah.
Erin syg.. bertudung sahaja tak cukup. tutup segala aurat mu. jgn pakai baju lengan pendek. jgn pakai baju/seluar ketat. labuhkan tudung. itu baru benar2 menjaga aurat supaya kurang dosa suami :)
Astaghfirullahalazim… baguslah kalau dia dh berubah!!! Jangan dok kecam masa silam dia… yg kita nk tgk adalah penghijrahan seseorang ke arah yg lebih baik! paham????
takut laki tanggung dosa tpi kat ayah tak pula kesian hmmmmmmm
ala..bapa dia pun dua kali lima jugak menggedik dengan fiza sampai lupa anak bini
Jgn lah negatif sgtt..ucapknlah yg baik2..niatkn sbg sedeqah… mudah2an dpt pahala..aamiin
jangan nak mengutuk org…..ubah diri sendiri dulu…….ini kisah dia ,cerita dia yg
Allah tuliskan dan tentukan …..
Erin dgn bapak dia dulu mane baik erin marah gara2 skandal bapak.dia ngan fiza kantoi p bercuti bersama…. time tu fiza xcerai lagi tau.
Ok.la.skang dia dh berubah doa baik2 dh la fiza pun dh berhijab kan…
Alhamdulillah…
eh dosa lah ungkit masa silam orang. macam semalam dia tak pakai tudung harini dah pakai tudung. semalam tu dah kira dosa silam lah. at leastdia dah berubah yang kita ni. talde life bukak blog ni pasai apa?
Tittle xley blah. Xda tittle lain ke nak letak. Orang tu dah berubah ke arah kebaikan, patutnya sokong positively bukannya hentam dia.
Apabila seseorang ingin berhijrah, sokongan dan bimbingan yg dperlukan.. Rezeki erin, Allah masih bagi dia peluang utk bertaubat sbb pintu taubat masih terbuka.. Dosa silam dia dengan Allah biarlah dia yg bertaubat kpd Allah dan Allah shj yg berhak menghukum dosa pahala syurga neraka seseorang, ikut akhlak Nabi S.A.W yg sentiasa baik dgn org apatah lg org yg bru berhijrah msuk agama adalah krn akhlaknya. So, jgn mencatuhkan smngat dia or spa2 yg ingin berhijrah :)
Nak tahu cara mudah buat duit tanpa modal? cuba disini http://www.clixsense.com/?8637177…klik iklan saja pn dapat duit..cuba lah.. boleh buat side income. betol tak payah keluar modal pon..Duit dalam currency usd boleh tukar ke RM.MUDAH SANGAT!!!
bila org dah berubah dan berpakaian muslimah, sedia menjaga anak sendiri dan buat kerja rumah sendiri… maka ini menunjukkan erin telah bersedia memikul tanggung jawab sebagai seorang ibu dan isteri yang setia. Syabas. Moga allah memberkati keluarga anda dan menambahkan zuriat di masa depan. Apa pun bila keadaan mendesak nanti, kena lah cari pengasuh juga. Beri dia latihan cukup dan amal disiplin dalam kerja di rumah. Insyallh selamat.
Alamdulillah. Sejuk mata memandang. Semakin ramai artis yang mengenakan hijab. Kalau 25 tahun dulu, orang2 yang mengenakan hijab dimomokkan sebagai hantu telekung, hantu kom-kom, dakwah songsang dan berbagai lagi.
Harap-harapnya bukan sekadar ikut-ikutan atau ada tujuan lain sebaliknya tetapi hendaklah dengan penuh penghayatan.
Retis pakai tudung bukak tudung ….ada aku kesahhhh…
Ooo… http://www.gerobokbuku.com/
Pakai tudung ke nak tutup aurat? Lengan tu nampak je masih
http://Young4Money.com/?ref=9839
Syukurlah..makin banyak artis2 sekarang mula berhijrah..
manusia yg suka judge orang niyh lahh sebenarnye bermasalah .. haha .. ape benda lahh .. nak judge org cermin lu diri tu .. dah baik sangat kew ? bia lahh die nk buat ape .. kita doa yg baik ii jew suda . ni tak .. mcm haram