fbpx

ERA fm Anjurkan Juara Ping Pong JoHaRa Bersama Atlet Olimpik Malaysia

Ada sahaja idea kreatif timbul daripada mereka di ERA fm dan kali ini mereka berjaya membawa atlet atlet Olimpik Malaysia untuk bermain ping pong bersama para penyampai mereka.

Juara Ping Pong JoHaRa ini mengambil tempat di studio penyiaran ERA fm & bukan calang calang atlet yang bersetuju untuk beradu kemahiran ping pong dengan Johan, Ray & Haniff.

Atlet terlibat yang juga merupakan Duta Astro Arena adalah Azizulhasni Awang dan Fatehah yang kedua-duanya merupakan atlet berbasikal juga Leong Mun Yee & Bryan Nickson Lomas dari arena terjun.

Memang gamat studio ERA fm pagi semalam dengan gelagat mereka semua & Juara Ping Pong JoHaRa di'akhiri dengan kekalahan Johan kepada Azizulhasni yang berjaya membawa pulang 'pingat emas'.

Anda terlepas mengikuti aksi mereka melalui siaran radio semalam? Tonton video yang di'rakam khas oleh ERA fm sepanjang Juara Ping Pong JoHaRa berlangsung. Enjoice!

zp8497586rq