“Bila Sampai Masa Nanti, Saya Akan Kongsikan”
Hangat diperkatakan mengenai dakwaan sudah bertunang dengan ahli perniagaan, Engku Emran, kakak kepada selebriti iaitu Noor Nabila akhirnya tampil membuka mulut meminta agar diberikan ruang.
Nabila berkata dia akan berkongsikan lebih lanjut apabila tiba masanya nanti dan berharap permintaannya itu diterima baik serta dihormati oleh semua pihak.
BACA: Gosip Cinta Nabila, Engku Emran Tular Sampai Ke Indonesia
“Buat masa sekarang, saya mohon diberikan ruang untuk mengelak sebarang kemungkinan yang tidak baik. Saya akan berkongsi dengan lebih lagi pada masa yang sesuai. Saya sangat harap permintaan ini diterima baik dan dihormati oleh semua,” katanya.
Kata Nabila lagi, dia belum bersedia bercerita lanjut mengenai kisah peribadinya kepada umum kerana ketika ini anak tunggalnya, Jebat Jayden adalah fokus utamanya.
“Apabila sudah sampai waktu yang tepat saya akan kongsikan, tapi sekarang fokus utama adalah anak saya. Jayden adalah cinta hati saya ketika ini. Saya ingin besarkan dia dengan penuh kasih sayang dan diberikan didikan dengan sebaik mungkin,” katanya.
Terdahulu, gosip cinta mereka hangat diperkatakan apabila tular gambar Engku Emran yang juga bekas suami Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella menghadiri sesi usrah di kediaman Nabila.
- SUMBER
- Harian Metro
tak tanya pong!!!!
Confirm dah kena henyak tu. Best oooooo
Minah ni pelakon ke …
Kawin pun dah 3 kali …
Tunggu kali ke empat pulak le ….
Dia ni Artis ke? Maaf sekadar bertanye ….
Takde sape pun hingin nak ambik tau hal kamu…nak melingkup ke nak apa ke??? Kau ni siapa? pelakon ke penyanyi??? Phuiii
Bukan retis.. tumpamg glam ajo
Bila kena kat dia kata minta ruang tapi bila kena kat adik dia, sibuk pukul canang….
BETUULLL TOMMY