Serina Redzuawan Hilang Hak Jagaan Kekal Anak Kedua
Pelakon Serina Redzuawan hilang hak penjagaan anak keduanya, Isabella Saffiya selepas diberikan kepada bekas suaminya Gavin Edward O’luanaigh oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam.
Memetik Kosmo, peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Gavin berkata, mahkamah membuat keputusan itu selepas menemu bual Isabella kini berusia 12 tahun.
BACA: Chef Wan Hadiahkan Serina Perabot, RM10,000 Untuk Rumah Baru
“Mahkamah membuat keputusan setelah menemu ramah Isabella tentang pilihannya selama hampir 30 minit selain turut mendengar keterangan Gavin serta hujahan pihak kami,” kata peguam.
Kata peguam lagi, sebelum ini hak penjagaan kekal Isabella kepada Serina dan seorang lagi anak mereka, Tristan Tareef O’luanaigh, kepada Gavin, namun Serina tidak pernah mengambil Isabella tinggal bersamanya.
“Berdasarkan keputusan hari ini, hak penjagaan kedua-dua anak tersebut Tristan dan Isabella kini diberikan kepada Gavin dan Serina diberikan hak lawatan dua minggu sekali,” ujarnya.
Difahamkan, dalam prosiding berlangsung semalam Serina tidak hadir ke mahkamah walaupun saman telah diserahkan kepadanya.
Dalam pada itu, peguam memaklumkan Gavin bersyukur kerana anak-anaknya tidak lagi berisiko dan dipisahkan tempat tinggal mereka.
Sebelum ini, Gavin menuntut hak penjagaan kekal terhadap Isabella dengan alasan Serina berkahwin lain serta kerap berpindah tempat tinggal.
Gavin urut menyatakan, bekas isterinya itu didapati berpindah ke Arau, Perlis sekali gus menyukarkan wanita itu untuk menjalankan tanggungjawabnya terhadap Isabella.
- SUMBER
- Kosmo
dengan masalah @ kontroversi yg ko CIPTA sendiri serina oiiii… baguslah si gavin dapat penjagaan sepenuhnya utk dua beradik tu.
Kali nie bapa tersohor hang Xnak tolong dah… selama nie dia berkorban @ tolong pun bukan ko menghargai malah ko bergelak sakan (kes mahkamah belum selesai) di kelab mlm dgn samseg2 tai kucing..
Sebab tu ko TERDESAK berkahwin jantan ala2 mat bangla (ceraikan isteri nak kawin apam rina).. KECEWA & MALU bapa hang Tuhan aja yg tahu…
..wow sonok la serina tak payah jaga anak anak..boleh berjingga sesuka hati dengan laki baru..err..kira serina ni penyondol jugak la kan..sbb laki baru ceraikan bini nak kawen ngan serina..bukan ka..
Kisahnya… Alhamdulillah…