fbpx

Enggan Berdendam, Bella Astillah Maafkan Ruhainies

Pelakon Bella Astillah berkata dia memilih untuk memaafkan Ruhainies meskipun aktres itu ditangkap khalwat dengan suaminya, Aliff Aziz.

Memetik mStar Online, Bella bagaimanapun berkata dia tidak mungkin dapat melupakan kejadian hitam tersebut dan sehingga kini Ruhainies masih tidak menghubunginya.

BACA: “Kali Ini Saya Nekad Untuk Bercerai” 

“Sehingga hari ini, pelakon wanita itu langsung tidak menghubungi. Saya juga tidak mahu panjangkan isu ini dan sempena bulan Ramadan yang mulia ini saya maafkan dia.

“Saya maafkan namun tidak mungkin melupakan. Tak tahu pada masa akan datang mungkin kami akan bertemu, saya belum terfikir ke arah itu. Cuma saya harap tidak akan berjumpa dengannya. Apa yang saya harakan perkara ini menjadi pengajaran buat semua termasuk diri sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Bella berkata dia juga tidak menyangka Ruhainies yang dianggap sebagai sehabat baik sanggup melakukan perkara sedemikian serta mengatakan aktres itu sangat baik di lokasi penggambaran.

“Di lokasi penggambaran dia sangat baik. Saya tak sangka perkara ini terjadi, sebab itu susah untuk memberi sebarang komen.

“Saya juga ambil keputusan untuk tarik diri dari penggambaran drama kerana itulah yang terbaik. Syukur pihak produksi amat memahami situasi yang sedang saya alami,” katanya.

SUMBER: mStar Online