Empat Tahun Menanti, Hetty Sarlene Selamat Lahir Anak Pertama
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Hetty Sarlene yang selamat melahirkan cahaya mata sulungnya di sebuah hospital di Singapura, semalam.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Hettu menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. Hetty turut mengumumkan anak lelakinya itu diberi nama Landon Alexander Oakes.
BACA: Empat Tahun Berkahwin, Hetty Sarlene Hamil Anak Pertama
Kata Hetty, dia sangat bersyukur kerana kesakitannya menahan kontraksi selama lebih 16 jam berbaloi selepas kehadihan bayi sulungnya yang sudah lama dia dan suami nantikan.
Hetty mendirikan rumah tangga dengan Dani atau nama asal, Daniel Oakes pada 23 Julai 2016. Dua tahun lalu, Hetty menyertai musim kelima program realiti, Gegar Vaganza (GV5) pada 2018 selepas hampir beberapa tahun menyepikan diri.
Untung dapat laki mat salleh, kalau jantan melayu, kau beranak le kat hospital kerajaan nak jimat kos sentiasa tak de duit. lepas tu berangan nak bukak cawangan no 2 pulak
Untung beranak kat spital gomen bedah oii..jimat duit boleh beli emas. Kalau ada komplikasi dan rasa dah nak mati, hospital swasta hantar kita dengan segera dlm posisi kaki masih terkangkang ke spital gomen. Ko rasa?
Normal ke aku beranak tak rasa kontrasi … Masuk wad kul 10.30 ..12 dah beranak …. Anak sulong polak tu .
sonok apa berslin cpital gomen, mcm2 org dan bayi kita lihat , ada bayi tu kita tengok dah mcm umur 3 bulan, menangis lama sampai tertidurpun ada , sbb ibunya lari..sian bayi tu..x dpt nk nolong..
aku budget beranak di hospital gomen tu RM2000.00 taw..tapi masa discharge byr bawah RM100.00 je.
Hahahaaa..aduiiii :() kelakar komen2
Untung anak hidung tak kemek berbapakkan mat saleh. Yeehuuu.
bkn mat salleh je..pakistan, bangladesh, org mongolia pun baka gerenti tak kemek..
laki aku melayu, branak kat swasta…..kerja biasa2 jer….tak semua laki melayu sengkek k….
Beranak kat spital bukan sengkek tp bijak. Y pay more when you can pay less? Pastu duit save to buat downpayment beli rumah, beli emas, beli unit trust. Bukan bersungguh2 bayar spital private tapi utang kad kredit, rumah sewa, bayaran tertunggak, gaduh laki bini pasal duit. Nampak cam kool, tapi hakikatnya…
Tak baca kes patient covid 19 yg dapatkan rawatan di hospital swasta? Dah discharged dari wad, tapi katanya masih positive. ( mungkin kes dah x memerlukan rawatan rapi di hospital) Dia bayar bil hospital RM 40000. Then he killed himself.Kalau duit sebanyak itu dia tinggalkan utk family lagi bagus.
Biarlah ikut masing2 nak beranak kat mana pun. Mostly yg pilih private hospital, bukan pasal nak cool pun. Ada manusia ni congek, takut sakit etc. Kalau rasa berkemampuan, tak salah bayar extra utk dptkan lebih keselesaan. Takde lah kena maki dgn nurse (bkn semua). Takde lah baby tu kena paksa kebulur sbb kena breasfeed saja, tak boleh pakai susu formula. Bukan semua mak2 ni, beranak je susu keluar mencurah-curah.
Comel baby…Alhamdullilah…