fbpx

Empat Tahun Berkahwin, Hetty Sarlene Hamil Anak Pertama

Selepas empat tahun berkahwin, penyanyi Hetty Sarlene mengumumkan dia dan suaminya, Dani Aaqil bakal menimang cahaya mata pertama mereka. Hetty berkata berita gembira itu merupakan hadiah ulang tahun keempat perkahwinan mereka.

Menurut Hetty, dia sangat teruja untuk untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang bakal disambut minggu hadapan kerana kali ini sangat istimewa apabila menerima hadiah yang paling berharga.

BACA: Che Ta Bengang Hetty Sarlene Tiru Rekaan Baju?

“Kami akan menyambut ulang tahun perkahwinan yang keempat minggu depan. Inilah berita paling mengujakan kerana sempena ulang tahun ini, kami ingin berkongsi berita gembira bahawa kami bakal menimang cahaya mata pertama,” katanya.

Dalam pada itu, Hetty berkata pengumumannya itu sekaligus menjelaskan mengapa dia senyap seketika apatah lagi berdepan alahan teruk pada tiga bulan pertama. Malah, Hetty berkata dia akan banyak berehat sepanjang proses kehamilan anak sulung itu.

“Ini menjelaskan mengapa saya berdiam seketika. Berdepan dengan muntah-muntah, pening, ‘mood’ terganggu, jatuh di tandas, asyik tidur dan lain-lain.

“Saya akan ambil serius nasihat untuk banyak berehat dan tidur sebelum kehadiran ahli baru keluarga kami. Sekelumit keajaiban pun ambil masa untuk tiba,” katanya.

Menerusi gambar dikongsikan, Hetty dan suaminya memegang papan hitam bertulis Januari 2021 merupakan tarikh jangkaan dia akan melahirkan anak pertamanya.

Hetty mendirikan rumah tangga dengan Dani atau nama asalnya, Daniel Oakes yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.