fbpx

Emma Maembong Tak Pernah Rasa Diri Popular

Pelakon Emma Maembong memberitahu dia tidak pernah berasakan dirinya popular kerana pelakon ini percaya kepada rezeki dan ketentuan Tuhan selain tidak kisah jika selalu digandingkan bersama kekasih hati iaitu Kamal Adli.

BACA: “Dulu Pernah Diejek Emma Ikan Kembung”

“Saya tak pernah rasa diri di atas. Saya jenis yang relax, dan tak pernah untuk meletakkan apa-apa level. Kalau ada rezeki adalah,” katanya yang ditemui di Majlis Melodi Raya 2016.

Tambahnya lagi, walaupun telah memenangi Pelakon Drama Wanita Popular ABPBH baru-baru ini, dia tidak kisah atau memilih untuk berlakon dengan mana-mana artis atau syarikat produksi tersebut.

“Tak kisah pun untuk berlakon dengan sesiapa sebab saya menghormati produksi tersebut, sesiapa sahaja hero saya berlakon,” katanya kepada Rotikaya.

Sementara itu, Emma turut berkata dia tidak kisah untuk kerap kali berlakon bersama Kamal Adli ini kerana permintaan stesen TV terbabit. Bagaimanapun, dia mahu mengurangkan lakonan bersama Kamal Adli kerana risau akan penonton yang jemu melihat mereka di layar tv.

“Saya tak kisah berlakon dengan Kamal, lagipun ini permintaan stesen TV yang mahukan kami digandingkan, seingat saya sudah 5 drama lakonan saya bersama Kamal,” katanya yang akan bercuti selama seminggu sempena Hari Raya tahun ini. (rtky/h)