Emma Maembong Tak Sangka Hamil Lepas 3 Minggu Nikah
Baru-baru ini, pelakon Emma Maembong ada berkongsikan sebuah video di Instagram memaparkan dirinya sedang memegang bayi kepunyaan abangnya ketika di majlis persandingannya awal tahun ini.
Menerusi perkongsian itu, Emma memberitahu dia sememangnya sangat mengimpikan untuk mempunyai sebuah keluarga dan sangat teruja apabila memegang anak-anak kakak atau abangnya yang baru lahir.
BACA: Asyik Lapar Jam 3 Pagi, Suami Emma Maembong Siap-Siap Belikan Makanan
Kata Emma lagi, dia juga tidak sangka dikurniakan rezeki zuriat dengan cepat iaitu tiga minggu selepas diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hatinya, Muhammad Shazli Azhar.
Katanya, ketika majlis resepsi itu dia sudah rasa tak sedap badan dan mula mual. Dalam pada itu, Emma turut meluahkan rasa syukur di atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
“Saya sentiasa mahu keluarga sendiri. Setiap kali memegang bayi yang baru lahir kepunyaan kakak atau abang mesti akan ada perasaan teruja. Masa ni lepas 3 minggu daripada tarikh nikah saya tak sangka sebenarnya saya dah mengandung. Kemudian baru rasa mual dan pening,” katanya.
Difahamkan, usia kandungan Emma kini sudah mencecah tujuh bulan dan dijangka bakal melahirkan anak sulungnya pada Disember depan. Emma mendirikan rumah tangga dengan, Muhammad Shazli Azhar yang merupakan seorang juruterbang pada 20 Februari yang lalu.
Ohh ye ke?nk trkjut bruk ke ni?
Aah laaaaaaaa kitorang pon tak sangke sangatttttt.. fuiyooooooo..
memang lepas lafaz tu auto hamil ke? macam mana ni? takleh fikir laa i pun terkejut sangat ni. i tinggalkan anak kejap nak hadap laptop tanya macam mana boleh jadi ni eh. i tak sangka ni
Maaf apa nak terkejut sgt u allz.. dah suami isteri lps beromen biasanya akan hamil lah . Lain lah lps nikah x sempat tidur bersama tapi hamil. Ha kalo mcm tu mmg terkejut.
Hahaha korang nii klako perli dey ols.. aku pulak laki aku pandang je aku vacuum, esoknya mengandung lima bulan. Apedehal
alamak kenapa diriku hamil selepas bangun tido?
Celebrity malaysia ni mmg cerita Dalam kain je kot. Kalau bab career sendu. No wonder la tak boleh nak keluar dari kepompong.
Statement bingai, dh kau main tanam pokok ubi dh tentu jadi tumbuh ubi tkkn tumbuh labu..hai labu labu apasal ko bengap sgt , owh..x pas srp kekdahnya
@Jadul, dia sekolah sampai form2 je pun. jgn la expectation tinggi bebenor. umur muda, sihat, bmi cantik mmg la kalau buat sex mengandung. kalau tak mengandung tu baru la pelik dan patut refer doktor. ke ada mulut2 jahat yg ckp dia mengandung sebelum nikah, tu yg effort sgt2 nk tunjuk yg dia ngandung 3 minggu lps nikah?