fbpx

Emma Maembong Sahkan Hamil Empat Bulan

Semalam hangat diperkatakan apabila Emma Maembong memuat naik gambar terbarunya menampakkan ‘baby bump’. Kini sedang berbulan madu bersama suami di Langkawi, Emma mengesahkan usia kandungannya kini mencecah empat bulan.

Berkongsikan berita gembira itu di Instagram, menerusi kapsyen Emma mengatakan bahawa bulan madu itu merupakan percutian terakhir bersama suami kerana selepas ini mereka bakal ditemani anak.

BACA: Netizen Terkejut Rupanya Suami Emma Maembong Ada Kembar

Emma berkata ianya pengalaman indah sebaik sahaja mendapat tahu dirinya berbadan dua. Malah, Emma mengkaui teruja dengan saat dinikmati sekarang dan tidak sabar untuk menyambut cahaya mata sulungnya bersama suami.

“Nikmat indah sejak bergelar isteri saat mendapat berita kehamilan ini. Selama ini hanya mendengar cerita begini dalam kalangan adik-beradik dan teman. Kini saya melalui fasa indah ini.

“Insya-Allah saya tidak sabar untuk menyambut cahaya mata sulung kami. Suami juga gembiranya bukan kepalang,” katanya kepada BH Online.

Emma memberitahu dia dijangka melahirkan anak sulungnya pada November depan.

Emma mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup di Bukit Damansara.