fbpx

Emma Maembong Nikah Khamis Ini?

Baru-baru ini hangat diperkatakann mengenai gosip Emma Maembong bakal mendirikan rumah tangga Februari ini. Terbaru, Emma dikatakan bakal melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Mr S, Khamis ini.

Difahamkan, majlis pernikahan itu adakan diadakan secara tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja. Bagaimanapun, dakwaan mengatakan bakal suaminya dikalangan kerabat diraja adalah tidak benar.

BACA: Emma Maembong Nikah Kerabat Diraja 22 Februari?

Memetik laporan Harian Metro, lelaki yang bertakhta di hati Emma itu bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan swasta tempatan dan berusia 32 tahun.

Menurut sumber, perhubungan Emma dan bakal suami berlangsung dalam tempoh singkat sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Malah, butiran lanjut mengenai pernikahan juga tidak didedahkan bagi menghormati permintaan keluarga Emma.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan daripada empunya tuan badan sendiri berhubung perkara ini. Apa pun jika benar pekhabaran ini, tahniah diucapkan buat Emma dan pasangan.