fbpx

Emma Maembong Mohon Maaf, Mengaku Buka Tudung

Berikutan penularan gambarnya tidak bertudung, menerusi Instagram Emma Maembong mengaku wanita di dalam foto bersama Syed Abdullah itu adalah dirinya.

Menjawab pertanyaan peminatnya berhubung isu gambar panas yang tersebar, Emma memohon maaf di atas tindakannya yang membuka tudung, namun dia menegaskan bahawa wanita yang duduk di celah kangkang lelaki berkenaan bukan dirinya.

BACA: Gambar Panas Mirip Emma, Abang Syed Saddiq Tersebar?

Emma juga mengakui bahawa gambar tersebut diambil baru-baru ini. Jelasnya lagi dia tidak pernah membuka hijab sebelum ini dan apa yang berlaku adalah salahnya sendiri.

Dalam pada itu, Emma turut membuat permohonan maaf secara terbuka mengakui apa yang berlaku adalah kelalaiannya sendiri dan orang lain tiada kena mengena di atas tindakannya itu. Emma turut mengucapkan terima kasih di atas nasihat netizen.

“Salam semua. Saya nak minta maaf atas salah saya lalai. Bukan salah kawan, keluarga atau sesiapa kerana diri saya sendiri yang lalai.

“Memang salah saya. Bukan salah kawan, keluarga atau siapa-siapa. Jangan salahkan mereka sebab saya sendiri yang lalai. Maafkan saya. Thank you kepada yang nasihat saya, dan yang marah yang kecewa atau sedih semua saya mintak maaf ya,” tulisnya.