fbpx

Kongsi Foto Bersama Emma Maembong & Suami, Netizen Puji Zizan Razak

Pernah menjalin hubungan istimewa dengan Emma Maembong sebelum ini, namun ia tidak menghalang pelawak Zizan Razak untuk terus bersahabat dengan pelakon itu.

Baru-baru ini, perkongsian Zizan menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar bersama Emma dan suaminya, Shazli Azhar ketika pembukaan restoran makanan Korea miliknya.

BACA: Umur Dah 37 Tahun, Zizan Razak Doa Cepat Dapat Jodoh

Meskipun turut kelihatan pelakon Ummi Nazeera dan suami Dr Izzar, namun netizen lebih tertarik dengan kehadiran Emma Maembong.

Ada segelinrit meninggalkan komen gurauan dengan mengatakan selepas ini mungkin giliran Mira Filzah pula yang akan datang.

Tidak kurang juga, ramai yang memuji sikap profesional Zizan ada yang mendoakan agar pelawak itu segera dipertemukan jodoh suatu hari nanti.

Terdahulu, Zizan pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Juliana Evans dan juga Emma Maembong namun terputus di tengah jalan. Malah, Mira Filzah juga tidak terlepas dari kontroversi percintaan bersama pelawak berusia 36 tahun itu.