Boleh dikatakan peniaga sekarang bijak mengambil kesempatan menjadikan selebriti sebagai duta untuk melariskan sesuatu produk. Malah, para selebriti juga tidak ketinggalan untuk mencari duit poket dengan membuat review serta mengiklankan produk.

Namun, masih ramai selebriti kurang peka dengan produk yang mereka iklankan sehingga dikecam oleh netizen. Terbaru, Emma Maembong turut menjadi kecaman netizen gara-gara mempromosikan produk yang boleh mengembalikan dara wanita.


BACA: Chacha Maembong Tak Ambil Hati Dibandingkan Dengan Emma

Malah, produk itu juga dikatakan boleh membantu wanita yang mempunyai ‘sejarah hitam’ untuk dapatkan semula maruah yang pernah tergadai sebelum ini.

Susulan itu, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Emma mempromosikan produk berkenaan malah mempertikai keberkesanan produk tersebut yang mungkin boleh membahayakan kesihatan. Malah, status untuk mempromosikan produk berkenaan juga seolah menggalakkan seks luar nikah.

Dalam pada itu, ramai peminatnya tidak menyangka Emma akan memperomosikan produk sedemikian dan ada yang memintanya untuk memadam perkongsian tersebut.