Chacha Maembong Tak Ambil Hati Dibandingkan Dengan Emma
Meskipun terlebih dahulu terlibat dalam dunia lakonan, Chacha Maembong berkata dia tidak mengambil hati jika sering dibandingkan dengan kakaknya, Emma Maembong yang dilihat lebih menyerlah.
Ujarnya lagi, penonon kini semakin bijak untuk menilai bakat seseorang itu dan setiap pelakon itu mempunyai kelebihan mereka masing-masing. Malah ujarnya, sudah tiada lagi pihak yang membandingkan dirinya dan Emma.
BACA: Chacha Maembong Nafi Dakwaan Emma Dah Kahwin
“Saya tak kisah pun jika orang nak bandingkan saya dengan Emma. Alhamdulillah netizen dah semakin bijak dan mereka tahu lakonan saya dengan Emma sangat berbeza.
“Mereka tahu Emma sesuai dengan watak yang bagaimana dan mereka juga tahu saya ada kekuatan lain dalam membawa satu-satu watak itu.
“Mereka tidak lagi membanding-bandingkan antara saya dengan Emma seperti duulu mungkin juga kerana lakonan saya kini semakin matang,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Chacha memberitahu mereka adik-beradik salin memberi sokongan antara satu sama lain dan sering berbincang bersama dalam memperbaiki mutu lakonan masing-masing.
“Lagipun saya dengan Emma selalu membantu satu sama lain. Contohnya, kadang-kadang saya akan dapat watak yang memang ‘makanan’ Emma, saya akan call untuk minta nasihat.
“Sejujurnya kami selau Facetime dan dia akan tanya sekiranya saya dalam keadaan baik, bagaimana dengan lokasi penggambaran saya,” ujarnya.
- SUMBER
- mStar Online
Taik sampah masyarakat. Melayu x Ada Maruah. Bodoh lak tu. X de faedah. Jijiks. Daaaaaaaaa pppuuuuuiiiiii
Penonon tu ape yer admin. Admin rk sejenis king/queen typo gak ni.kelakar gak bila baca.heheh
Takyah hina sangat…kau sempurna ke?
Filem baru dia cm best jek tngk promo. Tp cm musim lak. Satu company wt citer antu kluo lg citer antu, tahun lps bnyk filem aksi polis dan askar. Cm xde idea laa diorg ni
apela senget