Emma Maembong: Bayaran RM10,000 Untuk Telemovie Itu Perkara Biasa
Baru baru ini ada satu laporan akhbar menyebut yang Emma Maembong meletakkan harga tinggi sebanyak RM10,000 untuk kerja lakonan dalam satu telemovie walaupun tidak sebagai watak utama dan hanya melibatkan masa penggambaran tiga hari.
Untuk status Emma Maembong dan populariti yang beliau kecapi, kami rasa RM10,000 bukan satu jumlah yang besar untuk dibayar kerana kami sendiri ada pengalaman diminta membayar sebanyak itu oleh selebriti kurang popular untuk dua hari penggambaran. Heh.
BACA: Emma Maembong Dan Zizan Razak Jalani Fotografi Pra Perkahwinan Di Jepun?
Bercakap kepada Kosmo!, Emma Maembong juga berkata yang harga itu merupakan harga biasa yang beliau tetapkan selama ini lebih lebih jadi jika memegang watak utama namun tidak menolak untuk berbincang soal harga menurut kemampuan pihak produksi.
“Selama ini saya sering ditawarkan harga sebegitu oleh sesebuah syarikat produksi. Jadi, apabila ada syarikat lain yang mahu mengambil saya berlakon, memang itulah harga yang saya letak dan selalunya mereka akan menerimanya”
“Lagipun itulah harga yang telah ditetapkan sejak awal lagi, terutamanya kalau membabitkan saya memegang watak utama. Bagaimanapun, saya bersedia untuk berunding kalau ingin kurangkan harga,“ ujarnya mengulas perkara ini.
Emma Maembong menambah memang ada individu tampil menawarkan kerja lakonan untuk satu watak tambahan namun selepas diminta untuk diberikan bajet untuk bayaran, beliau tidak membalas dengan jawapan sehingga pelakon itu menerima tawaran lain.
“Bagi saya kalau jelaskan elok-elok tentang bayaran saya sedia untuk bantu & pertimbangkannya. Sebelum ini pun memang ada pihak yang meminta untuk kurangkan bayaran, saya menerimanya, asalkan rundingan dibuat terlebih dahulu serta berbaloi dengan kerja,“ tambahnya. (rtky/m)
Bestnya dapat bayaran minima begini..tapi jgn riak ye…
Em..tak minta dipermudahkan pernikahan Emma dan Zizan ni…dah tak sedap mata memandang..
Semoga dipermudahkan pernikahan Emma dan Zizan ni…lagi lama begini lagi banyak fitnah nanti.
Best ny la 10k sekalu baya..aku ni 1thun btu dpt 10k..alhamdulillah rzeki msing2
Rezeki orang jangan dikira kan?
Org bodoh je ckp RM10k ni banyak! dlm industri hiburan ni.. bayaran RM10k tu dikira ciput je!
dlm setahun bape banyak je job boleh dapat? jd retis ni xde kwsp, xde socso etc! so RM10k tu cuma celah gigi je!
Olga jd pelacur lorong leh la ckp cmtu…income diakn betingkat2(hindu mabok je kot selera kt si olga ni)
Okla tuh.. Nak bayar makeup artis lagi..agent yg carikan job. Itu ini lagi..
oklah tu… peceramah alim ulamak pon amik 3ribu utk sesi ceramah xsmpai 2 jam…ni kan plak emma….
10k (K)tu ape???perlu prjlasan pakar2 komen, jgn mrh
K tuh KARAT …
K tu ketiak la aduh
Org tye jawab la elok2..K tu stand for ribu. Bkn susah pon nk jwb,xsemua org tahu apa yg kita taw..ilmu yg ada dikongsi!
K tu untuk kilo. Mcam tera gega mega. Utk kilo ade 000. So kalau 3k. Maknenye 3000. Mcm tu je. Saje nak share ilmu.. aku pon tak tau cmne aku ley masuk smpai sini.. tak concern pon hal maembong ni.. bio je lah die bahagia.