Sekitar April 2014 yang lalu, kecoh juga kononnya pasangan Zizan Razak dan Emma Maembong mengambil keputusan untuk berkahwin pada awal 2015 dan nyata khabar angin itu ditepis sendiri oleh pasangan ini yang tidak tahu lagi bilakah rancangan perkahwinan mereka.

Namun, baru baru ini ada laporan mengatakan yang Zizan Razak & kekasihnya telah menjalani sesi fotografi pra perkahwinan ketika mereka bersama sama terbang ke Jepun baru baru ini sekali gus menguatkan andaian mereka bakal berkahwin tidak lama lagi.


BACA: Zizan Razak Umumkan Bakal Kahwin Emma Maembong Januari 2015

“Perkara itu (sesi fotografi pra perkahwinan) satu benda yang sangat peribadi buat saya. Jadi tak perlulah saya bercerita lanjut. Dah sampai masanya nanti baru saya kongsikan berita gembira ini,“ ulas Zizan Razak kepada mStar Online baru baru ini.

Zizan Razak dalam kenyataan sama turut menafikan sekali lagi yang mereka bakal mendirikan rumahtangga pada Januari 2015 seperti yang disebut ramai sebelum ini.

“Tarikh itu (Januari) adalah kata orang. Sebetulnya tarikh perkahwinan kami masih lagi dalam perbincangan. Nantilah apabila sudah hampir tarikhnya, kami akan berkongsi berita gembira ini. Sekarang ini, semuanya dalam perancangan lagi,“ tambahnya lagi. (rtky/m)