fbpx

Emirhan Dah Masuk Usia 5 Bulan, Anzalna Nasir Tak Sabar Nak Tambah Anak

Umum mengetahui, pelakon jelita Anzalna Nasir mempunya dua cahaya mata iaitu Muhammad Eidress dan Muhammad Emirhan yang sememangnya comel belaka.

Malah, ada yang meminta supaya Anzalna menambah cahaya mata lagi memandangkan kedua kecomelan kedua anak-anaknya itu diwarisi daripadanya dan juga suami.

BACA: Anak-Anak Dipuji Hensem, Peminat Suruh Anzalna Nasir Beranak Lagi

Baru-baru ini, Anzalna ada memuat naik foro comel anak keduanya itu yang sudah mencecah usia 5 bulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian, kapsyen Anzalna yang berharap anaknya itu cepat membesar kerana dia tidak sabar untuk berikan adik baru buat Emirhan.

“Happy 5 months old Emirhan! Cepat membesar mama tak sabar nak bagi adik! Hahahaha,” tulisnya.

Perkongsian Anzalna itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecomelan Emirhan serta mendoakan hasrat aktres itu untuk menambah cahaya mata lagi dimakbulkan.

Dalam pada itu, ada yang menyokong Anzalna menambah cahaya mata lagi disebabkan kecomelan anak-anaknya.

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Hanif Zaki pada 2016. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.