fbpx

Anak-Anak Dipuji Hensem, Peminat Suruh Anzalna Nasir Beranak Lagi

Baru-baru ini, pelakon Anzalna Nasir ada berkongsikan gambar percutian bersama keluarga di sebuah tempat peranginan di tepi pantai.

Dalam satu entri, Anzalna ada memuat naik gambar kedua-dua anaknya, Eidrees dan Emirhan yang memakai baju kemeja warna sedondon.

BACA: Anzalna Nasir Seronok Tayang Wajah Anak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Perkongsian Anzalna itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecomelan kedua-dua anak pelakon itu.

Malah, ada yang meminta supaya Anzalna menambah cahaya mata lagi memandangkan kedua kecomelan kedua anak-anaknya itu diwarisi daripadanya dan juga suami.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan jika pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan sudah tentu cantik seperti ibunya.

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Hanif Zaki pada 2016. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.