fbpx

“Emak Saya Percaya Bakal Suami Mampu Jaga Saya”

Nampaknya Elfira Loy kini semakin terbuka untuk bercakap tentang status terbaru beliau yang sudah bergelar tunangan kepada Faris K Anuar pada September lalu. Majlis yang berlangsung secara tertutup mengundang banyak persoalan daripada para peminat.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Elfira Loy menjelaskan yang beliau merahsiakan majlis pertunangan itu atas permintaan kedua dua belah keluarga dan bukan sengaja untuk menyorokkan majlis tersebut dari para peminat atau media.

BACA: Tak Mahu Bertunang Lama, Elfira Loy Nikah Januari Depan?

Walaupun baru mengenali Faris beberapa bulan sahaja belum bertunang, Elfira Loy memberitahu yang ibunya percaya jejaka itu mampu menjaga hidup pelakon tersebut dan mempunyai visi masa depan yang jelas.

“Faris hormat dan faham bagaimana keluarga saya. Malah, dia ada visi masa depan. Apa yang lebih penting, emak saya percaya dia boleh menjaga saya. Semuanya berlaku dalam tempoh pantas dan mudah”

“Saya bersyukur dengan apa yang terjadi dan hargai setiap detik. Tidak lupa, saya berdoa ikatan kali ini adalah yang terbaik buat saya dan berkekalan hingga jenjang pelamin. Keluarga saya berpegang kepada adat. Jadi, kami membuat keputusan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Semoga semua perancangan dipermudahkan,” ujar Elfira Loy. (rtky/m)