Elfira Loy Enggan Tunggu Lama, Mahu Cepat Bernikah
Tidak mahu peristiwa pahit putus tunang sebelum ini berulang, Elfira Loy dikatakan tidak mahu bertunang terlalu lama dan merancang bakal bernikah dengan pasangannya, Faris Khairol Anuar Januari tahun depan.
BACA: Elfira Loy Pilih Pengurus Besar Sebagai Bakal Suami
Menurut portal Astro Gempak, Faris yang juga Pengurus Besar syarikat telekomunikasi juga dikhabarkan baru sahaja putus cinta pada tahun ini sebelum bertemu dengan Elfira sebagai pengganti Ramadhan lalu.
Difahamkan juga pasangan ini sebenarnya baru sahaja berkenalan beberapa bulan namun mengambil keputusan untuk terus bertunang. Mungkin juga mereka punya persamaan dengan sejarah hitam masing-masing.
Sebelum ini Elfira pernah bertunang dengan Sufian Suhaimi di majlis yang cukup besar-besaran namun putus tunang Febuari lalu. Perpisahan tersebut juga mencetuskan perbalahan diantara ibu bapa Elfira dan Sufian. (rtky/w)
- SUMBER
- Astro Gempak
menakutkan tengok muka…. :(
hafal surah al mulk ke si faris ni?
Tak perlu yg penting duit… mesti cpt2 kawin nanti org rampas… anak datuk tuuu pengarah besarrrrr tu… boleh ambil duit bila2 je pergi shopping ke luar negara…. jgn harap master je x berbaloi…. mwsti mewah
hahahhaaa…………….emak EL pun ada komen kat sini…..
cepat2 nikah tu …pilihan terbaik kannn
Tengok kening aku dah tau sikap si EL ni. Mata duitan gila2. Laki ni la org ke 4 time si EL and pian bercinta. Bak pantun 3 kerat aku, si kening TEBAL nak poket TEBAL je bukan spec mata TEBAL pian oi!!!
SEMOGA CEPAT CEPAT KAWIN EL….SEMOGA BERBAHGIA SELAMANYA…BUKTIKAN PADA SEMUA ORG PILIHAN KALI INI ADALAH YANG BETUL DAN TERBAIK…AMIN…