fbpx

Elyana Mohon Doa Bakal Jalani Radioterapi Bahagian Hati, Pinggul

Menerusi satu perkongsian di Instagram, penyanyi Elyana memaklumkan bakal menjalani rawatan radioterapi pada bahagian hati dan pinggul hari ini bagi mengubati penyakit kanser limfoma yang dihidapinya.

Dalam entri tersebut, Elyana turut memohon doa orang ramai agar urusannya menjalani rawatan tersebut dipermudahkan dan semoga dirinya terus kuat.

BACA: Kanser Elyana Merebak Ke Rahim, Paru-Paru & Usus

“Esok (hari ini) dah mula radioterapi bahagian liver dan pinggul. Malam ini tidur hospital sorang-sorang. Tiba-tiba sayu je rasa. Doakan radiotherapy saya kali ini berjalan lancar dan semoha saya kuat,” tulisnya.

Perkongsian Elyana itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang memberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Terdahulu, Elyana memaklumkan dia perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari. Katanya lagi, dia juga perlu menjalani proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya yang kini hanya seberat 35 kilogram.