fbpx

Elyana Luah Rasa Syukur Berat Badan Naik 7 Kg

Selepas seminggu menjalani rawatan radioterapi, penyanyi Elyana meluahkan rasa syukur berat badannya kini naik 7kg, berbanding sebelum ini hanya 35kg sahaja.

Berkongsikan perkara itu di Instagram, Elyana mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya serta buat mereka yang sedekahkan makanan untuknya.

BACA: Ucap Selamat Hari Bapa, Elyana Doa Supaya ‘Pergi’ Dulu Sebelum Suami

“Alhamdulillah. Berat saya daripada 35 kilogram (kg), hari ini timbang 42 kg. Terima kasih yang mendoakan dan yang tak jemu-jemu sedekah makanan kepada saya. Saya sayang anda semua,” tulisnya.

Perkongsian Elyana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meluahkan rasa syukur serta mendoakan agar penyanyi itu terus kuat.

Terdahulu, Elyana memaklumkan dia perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari. Katanya lagi, dia juga perlu menjalani proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya yang kini hanya seberat 35 kilogram.