fbpx

Elyana Dedah Sakit Bukan Mahu Tagih Simpati

Selepas berita tentang penyakit yang dihadapi Elyana mula diketahui ramai, ada sahaja tangan nakal yang mengatakan penyanyi itu sengaja mahu meraih simpati lebih lebih lagi apabila mengumumkan perkara itu di minggu beliau tersingkir dari Gegar Vaganza 4.

Elyana berkata jika beliau mahu meraih simpati perkara itu pasti dilakukan sebaik saja disahkan doktor dirinya mengidap kanser selepas kelahiran anaknya, Cinta Sumayyah.

BACA: Elyana Dakwa Doktor Beri Setahun Untuk Hidup

“Kalau saya ingin menagih simpati, dari awal dulu saya melakukannya. Ketika itu saya susah, tidak ada duit untuk membeli ubat dan susu anak. Tapi saya tidak pernah berkongsi semua masalah itu dengan sesiapa termasuk ibu bapa dan adik-beradik”

“Sudah menjadi prinsip hidup saya tidak suka menyusahkan orang. Saya mahu orang melihat saya sebagaimana diri saya yang sihat, degil, ceria, tiada masalah dan suka berjenaka,” katanya.

Elyana juga berkata yang beliau terharu dengan sokongan dan doa yang diterima dari orang ramai selepas berita itu.

“Tidak sangka dalam situasi sekarang, saya masih boleh menjadi sumber inspirasi kepada banyak orang,” tambahnya. (rtky/m)