fbpx

Elvina Trauma, Lelaki Tunjuk Kemaluan Di IG Live

Pelakon Elvina Mohamad berdepan pengalaman ngeri apabila sesi IG Live bersama dua rakannya diceroboh lelaki yang berkelakuan tidak senonoh apabila menunjukkan kemaluannya.

Mengkui masih trauma, Elvina berkata dia langsung tidak menjangkakan individu tidak diundang itu memandangkan sesi live tersebut hanya disertai mereka yang diterima masuk sahaja.

BACA: Elvina Seronok Dapat Duit Raya Berkepuk-Kepuk Dari Suami

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ELVINA MOHAMAD ? (@elvinamohamad)

“Ceritanya, salah seorang rakan ajak saya Live, saja nak lepaskan rindu sebab dah lama tak jumpa. Maklumlah sepanjang pandemik, media sosial jadi tempat kita nak lepas rindu, kekal berhubungan dengan semua orang. Malangnya, lain pula yang jadi!

“Salah seorang rakan kami komen minta nak sertai Live, jadi Zawa pun terima. Tak sangka yang masuk adalah orang lain, individu yang tak bertanggungjawab godam Live kami dengan menunjukkan anu dia!” katanya.

Susulan kejadian itu, Elvina meminta supaya pengguna Instagram lebih berhati-hati lebih-lebih lagi ketika membuat sesi live dan mendapat malumat bukan kejadian pertama berlaku.

“Jadi kepada sesiapa yang rajin buat live kebelakangan ini sila berjaga-jaga dan berhati-hati, sebab El dapat maklumat ini bukan kali pertama individu tersebut ceroboh live orang.

“Kepada individu yang tak bertanggungjawab tersebut, media sosial ini bukan tempat untuk melepaskan nafsu ya. Sila lah berhenti buat benda tidak senonoh itu! Engkau dah kenapa. Dah gila seks sangat ke?” tulisnya.