fbpx

Elvina Seronok Dapat Duit Raya Berkepuk-Kepuk Dari Suami

Sempena hari raya, pelakon Datin Elvina Mohamad dilihat ada memuat naik video bersalaman dengan suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan.

Nampaknya, tahun ini Elvina dilihat seronok apabila dapat duit raya berganda-ganda daripada suaminya. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Elvina mengucapkan terima kasih kepada suaminya.

BACA: Geram Dengan Ruhila, Penonton Harap Suami Elvina Curang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ELVINA MOHAMAD ? (@elvinamohamad)

Elvina juga berharap agar tahun depan dia menerima lebih banyak lagi duit raya serta mendoakan suaminya dimurahkan rezeki.

Perkongsian Elvina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tumpang gembira. Tidak kurang juga ada yang mengusik suaminya memberikan duit raya banyak mungkin untuk tambah cahaya mata lagi.

Elvina dan Haniff mendirikan rumah tangga pada Mac 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.