fbpx

Elvina Tetap Gigih Bekerja Walaupun Suami Kaya

Meskipun berkahwin dengan usahawan berjaya namun pelakon Elvina Mohamad tetap gigih bekerja dan berdikari tanpa bergantung harap sepenuhnya kepada suami.

Sering menerima soalan daripada netizen yang hairan melihatnya masih bekerja meskipun sudah berkahwin dengan usahawan, Datuk Haniff Borhan, Elvina berkata suaminya yang kaya, bukan dirinya.

BACA: Elvina Trauma, Lelaki Tunjuk Kemaluan Di IG Live

“Saya selalu dapat soalan seperti ini, ‘kenapa nak berlakon lagi, kan suami dah kaya’, atau ‘kenapa susah-susah nak buat bisnes, kan suami kau dah kaya, minta sajalah suami kau duit’.

“Yang kaya tu suami saya, bukan saya! Kalau suami dah kaya tak boleh kerja lah? Tak boleh berlakon? Tak boleh nak berniaga sendiri? Apalah orang yang mentaliti macam ni,” katanya.

Dalam pada itu, walaupun hidup senang namun Elvina berpendapat wanita perlu membuat persiapan masa hadapan kerana bimbang pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

“Mulalah merancang cari sebuah kediaman, biarlah kecil tetapi selesa. Merancang persiapan untuk masa depan, sebab langit tak sentiasa ada awan. Kadang-kadang hujan sampai petang,” ujarnya lagi.

Kata Elvina lagi, dia bukan jenis wanita yang mengharapkan duit suami sahaja. Malah, dia bercita-cita untuk menjadi usahawan berjaya.

“Tak salah kan kalau kita nak berjaya dan kaya hasil usaha sendiri. Saya berlakon sebab minat, saya buat bisnes sebab ini memang cita-cita dari dulu.

“Saya nak jadi usahawanita berjaya dan ketua yang bagus untuk bantu pasukan serta wanita di luar sana yang sama-sama nak berjaya. Jadilah positif okey,” katanya.