fbpx

Elton John Turun Malaysia Untuk Konsert Di Genting Highland, November Ini

Beberapa minggu lalu, kami di’khabarkan satu nama besar akan turun Malaysia untuk sebuah konsert pada Januari 2012.

Tidak pula kami mendengar apa apa tentang kehadiran Elton John ke Malaysia November ini dan ini sesuatu yang boleh di’katakan besar buat peminat hiburan.

The Star melaporkan beberapa jam lalu yang Elton John telah memasukkan Malaysia sebagai salah satu lokasi konsert jelajah beliau selain Singapura, Australia & New Zealand.

Elton John akan mengadakan persembahan di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 22 November 2011 ini & lokasi tersebut mampu menempatkan 6,000 orang pencinta muzik Elton John.

Kepada sesiapa yang tidak mengenali siapa Elton John (what a shame) beliau merupakan penyanyi & pemuzik yang telah menjual lebih 250 juta keping album dan beberapa kali memenangi anugerah Grammy.

Tiket untuk menyaksikan konsert Elton John buat julung julung kali di Malaysia ini akan mula di’jual kepada umum Isnin ini dan jika anda berminat boleh melayari AirAsia RedTix.

Persoalan mula timbul di’benak kami dek kerana rakyat Malaysia suka berdemonstrasi kerana konsert bintang popular luar negara — adakah ada antara kita membantah konsert ini kerana Elton John seorang gay? Hmm.