Penyanyi Sufi Rashid berkata dia sudah tahu lebih awal mengenai Sabronzo Dolla akan berkahwin dengan jejaka pilihannya, Ryan Fieret.
Memetik mStar Online, Sufi berkata hubungan pasangan itu bukan lagi rahsia kerana sudah terjalin sejak tahun 2023 lagi serta menyifatkan Ryan seorang lelaki yang baik.
BACA: “Sabronzo Tu Islam, Kenapa Semua Macam Terkejut?” – Netizen
“Sejujurnya saya tahu dia nak kahwin dan mereka dah berkawan sejak tahun 2023. Ryan seorang lelaki yang baik, pendiam dan tak banyak bercakap. Hanya orang yang tahu saja tahu.
“Bila label Sabronzo iaitu Universal Music beritahu mereka akan kahwin, saya tupang gembira. Eloklah berkahwin daripada couple lama-lama,” katanya.
Sementara itu, Sufi berkata dia sudah jangkakan perkahwinan Sabronzo akan jadi bualan namun lebih baik jika mendoakan buat pasangan tersebut daripada bercakap perkara tidak sepatutnya.
“Apa yang terbaik adalah terus mendoakannya. Macam mana industri muzik kita nak maju? Kesian dia sebelum ini kena tuduh bukan-bukan.
“Selepas dia muat naik gambar dah kahwin, apa jadi dengan netizen yang kata buruk dulu. Anda dah buat fitnah yang besar dan patut minta maaf,” katanya.
Isnin lalu, Sabronzo akhirnya mengesahkan dia sudah pun bergelar isteri kepada Ryan Fieret dan majlis mereka dikhabarkan berlangsung di Bali, Indonesia.
Sumber: mStar Online