fbpx

Elly Mazlein Terima Cincin Assalamualaikum Dari ‘Papa’

Bertuah sungguh Elly Mazlein kerana baru-baru ini menerima sesuatu yang cukup istimewa di hari ulangtahun kelahirannya. Bagaimanapun dia menafikan bahawa hadiah yang diterimanya itu bukanlah untuk tujuan merisik atau pun pertunangan.

BACA: Wajah Anak Iras Bekas Suami, Ini Respon Elly Mazlein

“Kami gelarkannya sebagai Cincin Assalamualaikum atau cincin perkenalan. Sebelum ini, Papa beberapa kali memberikan hadiah jambangan bunga. Jadi, hadiah kali ini lebih istimewa”

“Yang lebih membuatkan saya terharu adalah, bersempena sambutan ulang tahun kelahiran pada tahun ini juga, ada insan seperti keluarga dan Papa meraikannya bersama saya,” kongsinya kepada Harian Metro.

Apa pun, berita ini ternyata memberi harapan dan khabar gembira buat peminat setia penyanyi dan pelakon ini. Malah ramai juga yang tidak sabar menantikan Elly meniti hari bahagia. (rtky/s)