fbpx

Wajah Anak Iras Bekas Suami, Ini Respon Elly Mazlein

Baru-baru ini Elly Mazlein meluahkan rasa gembiranya apabila bekas suaminya, Azmi Hatta datang menjenguk anak mereka di rumah. Faye Kusairi juga turut berterima kasih kepada Elly dan berharap dapat bertemu dengan Elly suatu hari nanti.

Sebelum ini, Elly dilihat merahsiakan wajah anaknya daripada tatapan umum. Namun selepas pertemuan tersebut, akhirnya Elly kongsikan wajah comel anak tunggalnya, Sephia di Instagramnya.

BACA: Mahu Jumpa Elly Mazlein Untuk Berdamai

Rata-rata peminat memuji kecomelan wajah Sephia yang kini berusia 2 tahun 3 bulan. Tidak kurang juga ada yang mengatakan wajah Sephia saling tidak tumpah seperti bapanya.

Tidak melatah dengan komen tersebut, Elly memuat naik gambar Sephia memberitahu dia tidak berkecil hati jika ada pihak mengatakan wajah anaknya itu seiras bapanya. Elly juga sempat berseloroh dengan mengatakan dahi dan mulut anaknya mempunyai raut wajahnya.

Apa pun diharap semoga ikatan hubungan mereka anak beranak berkekalan hingga ke akhir hayat. Buang yang keruh ambil yang jernih.