fbpx

Elly Mazlein Tak Sabar Bergelar Isteri

Bakal menamatkan status ibu tunggal tidak lama lagi, Elly Mazlein mengakui gemuruh menanti hari pernikahannya yang bakal berlansung pada minggu hadapan. Elly berkata persiapan majlis sudah pun hampir siap.

Menurut Elly, kurang 10 hari sahaja lagi menuju ke hari istimewanya, perasannya kini bercampur baur dan turut meluahkan rasa syukur segala persiapan berjalan dengan lancar.

BACA: Elly Mazlein Tak Marah Dengan Gelaran Janda

“Saya gemuruh! Sebenarnya, jika nak diikutkan, banyak perkara yang saya rasakan. Semuanya bercampur baur, ada seronok, teruja, gementar dan banyak lagi.

“Alhamdulillah, setakat ini persiapan sudah selesai 80 peratus dan tinggal beberapa perkara lagi yang harus dilakukan,” katanya kepada Astro Gempak.

Bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya, Mohamad Azlan, 29, merupakan seorang guru dari Kelantan pada 17 Januari ini, Elly berkata dia sudah tidak sabar untuk bergelar isteri semula.

“Saya tak sabar mahu menyandang status isteri semula dan saya berharap agar semua proses menuju majlis nanti berjalan lancar. Insya-Allah, doakan yang baik-baik!” katanya.

Mengikat tali pertunangan pada 17 Disember lalu, Elly masih belum berkongsikan wajah tunangnya dan akan mendedahkan identiti bakal suaminya itu pada majlis berinai nanti.