fbpx

Elly Mazlein Tak Marah Dengan Gelaran Janda

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai tindakan Janna Nick menggelar Elly Mazlein dengan panggilan janda ketika mengacarakan Melodi hujung minggu lalu. Bagaimanapun, Janna sudah pun tampil memohon maaf di atas ketelanjurannya itu.

Mengulas mengenai isu janda itu, Elly berkata dia tiada rasa marah mahupun dendam terhadap Janna. Ujarnya lagi, dia tahu apa yang diungkapkan itu Janna hanyalah sekadar gurauan kerana sudah lama mengenalinya.

BACA: Janna Nick Minta Maaf Gelar Elly Mazlein Janda

“Tiada sekelumit dendam atau terbit perasaan marah. Janna sudah saya anggap seperti adik sendiri. Saya tahu apa yang dikatakan itu hanyalah sekadar gurauan semata-mata.

“Saya tak ambil hati pun. Lagipun dia sudah memohon maaf kepada saya sebaik program itu selesai,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Elly mengakui sedih untuk untuk meninggalkan gelaran ‘janda’ setelah sekian lama hidup sebagai ibu tunggal namun turut teruja untuk menuju ke alam rumah tangga tidak lama lagi.

“Rasa sedih pula nak tinggalkan kehidupan sebagai ibu tunggal ini. Apabila sudah lama solo saya rasa seronok tapi urusan jodoh ini semua adalah kerja Tuhan.

“Walaupun sedih, hakikatnya saya juga teruja nak kembali menuju ke alam perkahwinan yang berbaki kurang 10 hari lagi. Doakan semoga urusan pernikahan dipermudahkan,” katanya.