fbpx

Janna Nick Minta Maaf Gelar Elly Mazlein Janda

Tindakan Janna Nick menggelar Elly Mazlein dengan panggilan janda ketika mengacarakan program Melodi hujung minggu lalu dihentam teruk malah netizen menyifatkan kenyataan Janna itu biadap dan tidak menjaga sensitiviti.

Akui tindakannya itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen, Janna memohon maaf di atas ketelanjurannya itu dan akan lebih berhati-hati supaya tidak mengulangi kesilapan sama pada masa akan datang.

BACA: Janna Nick Dilabel Biadab Gelar Elly Mazlein Janda

“Silap saya kerana tidak peka dalam pemilihan perkataan, namun saya sudah meminta maaf kepada Elly Mazlein sebaik program Melodi selesai,”

“Saya juga ingin memohon maaf kepada penonton yang mungkin kurang senang atas apa yang berlaku. Saya akan lebih berhati-hati apabila bercakap dan berusaha memperbaiki lagi corak pengacaraan,” katanya kepada BH Online.

Ujarnya lagi, dia menerima segala teguran netizen dan tidak menyangka cubaannya untuk menjadikan program itu lebih panas, sesuai dengan konsep baru Melodi sempena 2020 mengheret dirinya dalam kecaman.

“Saya terima segala teguran dengan hati yang terbuka. Saya juga berjanji akan lebih peka dan sensitif dalam pemilihan perkataan supaya tidak lagi menyinggung perasaan sesiapa.

“Pada tanggapan saya, perkataan ‘janda’ sesuai digunakan, namun saya silap kerana ia sebenarnya tidak manis, apatah lagi untuk program yang disiarkan secara langsung.

“Cubaan untuk episod pertama nampaknya tidak digemari, sekali gus menjadi peringatan buat saya supaya lebih berhati-hati,” katanya.