Elly Mazlein Tak Kisah Dilabel Janda Gila Glamor
Perubahan dalam kehidupan Elly Mazlein membuatkan dirinya kini semakin tabah menghadapi sebarang dugaan malah mengakui dia juga tidak kisah digelar janda gila glamor lebih lebih lagi pelakon ini gemar meluahkan perasaannya di laman media sosial.
BACA: “Bekas Suami Sibuk Sampai Tak Jenguk Anak”
“Janda gila glamor? Eh, saya sukalah gila glamor! Adakah salah untuk saya rasa macam tu? Bagi saya seseorang artis, bila dah duduk dalam industri ni memang kena ada perasaan mahu gila glamor. Eh, tak kisah lah orang nak kata saya ni apa pun, gila glamor ke, drama queen ke, saya okay saja dan saya suka dengan gelaran seperti itu”
“Kalau difikirkan dari satu sudut, bukan senang juga nak dapat gelaran macam tu bukan, jadi saya harus rasa gembira. Sekarang, saya cakap saja apa yang saya nak cakap. Bukan apa, dulu, saya selalu kena. Sekarang saya rasa diri saya makin kuat disebabkan apa yang pernah berlaku dan apa yang saya dah harungi selama ini,” luahnya kepada Utusan Malaysia.
Tambahnya lagi, dia kini sudah tidak larat untuk menjaga hati dan perasaan orang lain sepertimana yang dilakukannya sebelum ini. Moga Elly tabah menghadapi dugaan yang mendatang. (rtky/s)
kenapa enmang
tak tahu
iyalah
ely semakin cantik dan sudah ada keyakinan diri berbanding dulu. Bila hati kembali ceria dan fikiran lebih terbuka, maka hidup akan lebih cerah dan rezeki senang masuk. So smile always.
Sekarang sy nak ckp apa saja yg sy suka ckp dan x peduli apa org lain nak kt, da mcm AA plk